Malam tadi masa aku tengah lepak-lepak dengan Miss Manager,telefon genggam aku berbunyi.Nombor tak kenal yang terpapar.Mulanya aku saspek kawan aku pakai nombor baru,tiga nombor awalan depan sama dengan nombor aku.
Dengar suara jantan.Cakap macam segan-segan dengan aku.Rupanya budak creative agency client aku.Aku pun macam pelik apsal la mamat ni macam takut-takut nak cakap dengan aku.Aku mula la membuat bengong kasi mamat tu selesa cakap dengan aku.
Rupanya client aku dah warning mamat tu bahawa jangan sesekali salah cakap dengan aku kerana kononnya aku ni garang.Ceh,jatuh saham sekejap.
Kononnya nak bercakap pasal kerja je,pastu dah meleret-leret ke agenda lain.
Miss Manager dah jeling-jeling sebab aku dah mengabaikan dia.
Ha,dah abis menjalang dengan jantan tu? Apa cerita?
Esok mamat tu nak datang opis,nak discuss with me pasal new visual.
Suara dia amacam? Macho tak?
Biasa je.Kita tengok esok,kalau ok lepas ni ajak dating.
Inilah kerja kitorang,agak-agak suara orang tu macam best ke apa,mulalah buat spekulasi macam-macam.
Nanti aku update macam mana rupa mamat creative agency tu.Sebab beliau ada appointment dengan aku pagi ni.
P palang S: Aku teringat kisah kawan aku,yang bercinta tak penah tengok rupa tapi sebab dah angau dengan suara orang tu.Haish,zaman yang canggih ini pun boleh pula nak cintan-cintan macam tu.